Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut.

Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.

Dari cerita lain yang ditulis oleh Pak Zek (Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam, seorang Budayawan Pahang), perkataan Bentong berasal daripada perkataan Bapong yang bermaksud timbul.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM JOM SIHAT

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018

Program bersama komuniti bertemakan kesihatan bagi komuniti setempat disamping selingan aktiviti menarik....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSEPADU

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018

Program bersama komuniti sebagai aktiviti penutup dengan aktiviti gotong-royong bersam-sama komuniti...baca selanjutnya

MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI

Aktiviti Terkini | 01 Disember 2018

Program yang dijalankan oleh Gagasan Komuniti bersama komuniti setempat....baca selanjutnya

MAKE OVER PERCUMA (USAHAWAN DYXY)

Aktiviti Terkini | 10 November 2018

Program yang dijalankan oleh usahawan untuk tutorial make up secara percuma kepada usahawan lain...baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR ASYURA

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2018

Program mengacau bubur Asyura untuk diagihkan kepada penduduk sekitar dan kakitangan awam yang bekerja mengikut shift....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018

Program sempena mempromosi telefon pintar Vivo beserta percuma sim serta Internet selama 3 bulan. Turut serta aktiviti pameran dari usahawan Pusat Internet dan selitan program advokasi....baca selanjutnya

PROGRAM HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 21 September 2018

Program sempena sambutan Hari Malaysia dengan aktiviti ICT seperti kahoot games, KDB, lukisan banner kebangsaan dan juga pertandingan lain hasil gabungan bersama komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM AMBANG MERDEKA

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2018

Program sempena sambutan Hari Kebangsaan dengan aktiviti ICT seperti kahoot games, KDB, lukisan banner kebangsaan dan juga pertandingan lain hasil gabungan bersama komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM AGIHAN SIM CARD MY AGRO

Aktiviti Terkini | 05 Julai 2018

Majlis Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama peneroka dan penerokawati Felda Lurah Bilut disamping agihan Sim Card percuma My Agro....baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT INTERNET : TEMA KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Lawatan sambil belajar dari Tadika Perpaduan Batu Satu Jalan Tras, untuk mengenali Pusat Internet dan kemudahan yang disediakan...baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PERSATUAN IBU TUNGGAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 06 Jun 2018

Majlis berbuka puasa diselitkan dengan acara memasak bubur lambuk dari Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia...baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT INTERNET : TEMA ONLINE EDUCATION GAMES

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2018

Lawatan sambil belajar dari Tadika Perpaduan Batu Satu Jalan Tras, untuk mengenali Pusat Internet PAKR Batu Satu, Bentong dan kemudahan yang disediakan...baca selanjutnya

RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BESAR PAHANG & AGIHAN SIMPACK MYAGRO

Aktiviti Terkini | 02 Mei 2018

Aktiviti Advokasi, Klik dengan Bijak, pameran jualan dan promosi dari PI serta usahawan dan agihan sim kad percuma MyAgro....baca selanjutnya

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BESAR PAHANG

Aktiviti Terkini | 30 April 2018

Pihak PI berkesempatan untuk mengadakan aktiviti Advokasi, Klik dengan Bijak, pameran jualan dan promosi dari PI1M serta usahawan...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M PAKR BATU SATU

Aktiviti Terkini | 01 April 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI MINUM PETANG

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Program ini adalah program ramah mesra bersama Penghulu Mukim dan wakil-wakil ketua komuniti...baca selanjutnya

Program Menghubung Menyatu

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Pameran aktiviti yang terdapat di PI termasuklah e-waste, KDB, word search, dan pendaftaran ahli PI sempena pelancaran Program Menghubung Menyatu...baca selanjutnya

Program Gaya Hidup Sihat

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Program ini terdiri dari pameran memasak makanan sihat, pameran jualan dan promosi dari PI1M serta usahawan...baca selanjutnya

Program Pelancaran Felda Lurah Bilut 2.0

Aktiviti Terkini | 03 & 04 Februari 2018

Program ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib Bin TuN Haji Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia. Petugas PI diberi peluang untuk mengadakan pameran tentang aktiviti yang terdapat di PI termasuklah e-waste, KDB, word search, dan pendaftaran ahli PI sempena pelancaran Felda Lurah Bilut sebagai Felda Digital....baca selanjutnya

TAKLIMAT DIGI CYBERSAFE DI HARI TERBUKA PI1M BUKIT CERMIN & TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 24 & 25 Januari 2018

Banyak aktiviti dan program yang dijalankan semasa Hari Terbuka PI antaranya Program Advokasi iaitu Slot Klik Dengan Bijak (KDB). Slot KDB ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit . Kami juga mengadakan Pop Kuiz kepada peserta dimana mereka perlu menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul, ia akan dikira sebagai pemenang...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti