TAKLIMAT DIGI CYBERSAFE DI HARI TERBUKA PI1M BUKIT CERMIN & TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti terkini | 24 & 25 Januari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Bukit Cermin & Taman Jengka Impian

Tujuan :
Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia ini diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan kawasan Pi1m. Ia juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti yang Dijalankan :
1. Sukaneka
2. Pertandingan ICT
3. Taklimat Digi Cybersafe
4. Aktiviti Indoor & Outdoor
5. Cabutan Bertuah

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengumpulkan keseluruhan ahli-ahli PI1M dan penduduk Taman dan bersama-sama menjalankan aktiviti yang dirancang
• Dapat mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak PI1M
• Dapat memupuk nilai kesedaran kepada orang awam untuk mengunakan kemudahan internet terutamanya yang disediakan oleh pihak PI1M dengan cara yang betul dan terhindar daripada terjebak dengan jenayah cyber

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :