Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut.
Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.
Dari cerita lain yang ditulis oleh Pak Zek (Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam, seorang Budayawan Pahang), perkataan Bentong berasal daripada perkataan Bapong yang bermaksud timbul.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM JELAJAH KESIHATAN PENDUDUK KAMPUNG
Aktiviti Terkini | 5 Disember 2020
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, KRT dan Pusat Internet Komuniti...baca selanjutnya
PROGRAM ZIARAH KASIH DAN KESEDARAN COVID 19
Aktiviti Terkini | 4 Disember 2020
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, KRT dan Pusat Internet Komuniti...baca selanjutnya
PROGRAM MENCARI DAN MEMBASMI NYAMUK DENGGI
Aktiviti Terkini |21 November 2020Program yang dianjurkan oleh Combi,Pejabat Kesihatan Daerah, KRT dan Pusat Internet Komuniti...baca selanjutnya
PROGRAM PERASMIAN SMART CLASSROOM
Aktiviti Terkini | 16 November 2020Pelancaran Smart Clasroom Felda yang Pertama di Malaysia ...baca selanjutnya
KELAS ICT – MICROBIT FS4A
Aktiviti Terkini | 15 November 2020Program yang dianjurkan oleh pihak PIK ...baca selanjutnya
KELAS ICT – MICROBIT FS4A
Aktiviti Terkini |25 Oktober 2020Program yang dianjurkan oleh pihak PIK ...baca selanjutnya
PROGRAM NORMA BAHARU - EDARAN
Aktiviti Terkini |11 Oktober 2020Program yang dianjurkan oleh pihak KRT Taman Gemilang bersama badan kerajaan lain...baca selanjutnya
PROGRAM HEBAHAN – NORMA BAHARU
Aktiviti Terkini |10 Oktober 2020Program yang dianjurkan oleh pihak KRT Taman Gemilang bersama badan kerajaan lain...baca selanjutnya
PENDAFTARAN E-CENCUS – SIRI 2
Aktiviti Terkini | 25 September 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
PENDAFTARAN E-CENCUS – SIRI 1
Aktiviti Terkini | 19 September 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
PROGRAM KESIHATAN – PKD BENTONG
Aktiviti Terkini | 16 September 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
BENGKEL MARKETPLACE – ONLINE SHOPEE>
Aktiviti Terkini |16 Ogos 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
BENGKEL MARKETPLACE – ONLINE SHOPEE
Aktiviti Terkini |13 Ogos 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
PROSES SEMBURAN SANITIZER KALI KE 2
Aktiviti Terkini | 15 Julai 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
PROSES SEMBURAN SANITIZER
Aktiviti Terkini | 1 Jun 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
Penutupan Sementara Pi Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
PENDEDAHAN IT DAN KESELAMATAN
Aktiviti Terkini |14 Mac 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
PENDEDAHAN IT DAN TEKNOLOGI
Aktiviti Terkini |23 Februari 2020Memberi peluang kepada PI untuk bekerjasama...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI
Aktiviti Terkini | 04 Januari 2020Aktiviti bersama komuniti yang melibatkan aktiviti gotong-royong bagi membanteras masalah denggi di kawasan Flat....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya