Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut.
Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.
Dari cerita lain yang ditulis oleh Pak Zek (Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam, seorang Budayawan Pahang), perkataan Bentong berasal daripada perkataan Bapong yang bermaksud timbul.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024GOTONG ROYONG AKHIR TAHUN
Aktiviti Terkini | 31 Disember 2016Aktiviti ini adalah kerjasama antara pengurusan PI1M Batu Satu bersama ahli Pusat Internet 1Malaysia. Tujuan utama sebagai aktiviti penutup tahun 2016 dan kerjasama untuk membersihkan kawan PI1M dan sekitar...baca selanjutnya
HARI SAMBUTAN AIDS SEDUNIA
Aktiviti Terkini | 10 Disember 2016Program ini adalah kerjasama antara pengurusan PI1M Batu Satu bersama PI1M gususan PI1M Lurah Bilut. Tujuan utama sebagai meraikan sambutan Hari Aids Sedunia dan Kerjasama dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M boleh dimanfaatkan sepenuhnya...baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA : TEMA KONVO
Aktiviti Terkini | 25 November 2016Aktiviti ini adalah kerjasama antara pengurusan PI1M bersama pengurusan Tabika Perpaduan Jln Tras Bentong Pahang. Tujuan utama adalah fokus kepada pendedahan awal kanak-kanak tabika kepada ICT dan kerjasama dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M boleh dimanfaatkan sepenuhnya...baca selanjutnya
Majlis Perasmian PI1M Bentong , Pahang
Aktiviti Terkini | 20 November 2016Majlis Perasmian ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Bentong kepada komuniti setempat sekaligus mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dan mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan PI1M dengan komuniti untuk lebih mudah berkomunikasi...baca selanjutnya
PROGRAM SATU HARI BERSAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2016Program ini merupakan kerjasama antara pengurusan PI1M bersama pengurusan PI1M Gugusan. Tujuan utama adalah fokus kepada perkhidmatan utama yang ditawarkan di PI1M dan program advokasi sebagai salah satu dari program pengurusan bersama...baca selanjutnya
PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA SEMPENA ISRA’ MIKRAJ
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2016Program ini adalah kerjasama antara pengurusan PI1M bersama pengurusan surau PAKR Batu 1 dan menjalin hubungan silaturahim bersama komuniti setempat...baca selanjutnya
PROGRAM SATU HARI BERSAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 02 Oktober 2016Program ini merupakan kerjasama antara pengurusan PI1M bersama pengurusan Persatuan Kebajikan Kaum India Daerah Bentong. Tujuan utama adalah fokus kepada pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan kerjasama terhadap perkhidmatan yang disediakan di PI1M boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua kanak-kanak...baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (TEMA: ALAM SEKITAR)
Aktiviti Terkini | 22 September 2016Lawatan ini memberi peluang kepada kanak-kanak tadika tentang penggunaan ICT dan memdedahkan mereka kepada alam sekitar...baca selanjutnya
Majlis Penyampaian Hadiah
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2016Majlis penyampaian hadiah diadakan sempena aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada 27 Ogos 2016 yang diadakan di PI1M...baca selanjutnya
Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-59
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016Sambutan Hari Kemerdekaan disambut di Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan anak-anak kecil pada masa kini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah...baca selanjutnya
Pelaksanaan Gerak Kerja Rakan Taman 2016
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2016Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar flat dan kawasan tumpuan penduduk seperti...baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA AJK PERTUBUHAN UMMAH BENTONG
Aktiviti Terkini | 31 Julai 2016Majlis ini diadakan dengan kerjasama AJK Pertubuhan Ummah Bentong yang diadakan di Hentian Raya Bentong. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk...baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA JKKK PAKR BATU 1
Aktiviti Terkini | 30 Julai 2016Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk setempat bersama pihak Pusat Internet 1 Malaysia...baca selanjutnya
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (TEMA: BUAH-BUAHAN TEMPATAN)
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2016Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak tadika tentang penguasaan ICT dengan bijak dan terkawal...baca selanjutnya
JAMUAN BERBUKA PUASA BERSAMA AJK SURAU RUMAH PANGSA, KOMUNITI DAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2016Pada 23 Jun 2016, pihak PI1M Bentong telah mengadakan jamuan berbuka puasa bersama AJK Surau Rumah Pangsa...baca selanjutnya
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (TEMA: FLORA)
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2016Kerjasama antara pengurusan PI1M bersama pengurusan Tabika Perpaduan Jln Tras Bentong Pahang...baca selanjutnya
SATU HARI BERSAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ANJURAN PERSATUAN KEBAJIKAN INDIA BENTONG
Aktiviti Terkini | 24 April 2016Tujuan Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia dan menjaga hubungan kerjasama diantara NGO bagi menjalankan program serta aktiviti yang berterusan...baca selanjutnya
LAWATAN BELAJAR KE PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (TEMA: ALAM)
Aktiviti Terkini | 22 April 2016Lawatan belajar ini adalah Kerjasama antara pengurusan PI1M bersama pengurusan Tabika Perpaduan Jln Tras Bentong Pahang dan tujuan utama adalah fokus kepada pendedahan awal kanak-kanak tabika kepada ICT...baca selanjutnya
Program Pencernaan Minda “Cari dan Musnah Nyamuk Aedes 2016
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2016Objektif Program ini adalah mewujudkan kejiranan indah yang mampan dengan penglibatan masyarakat setempat terhadap program dan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia akan mewujudkan nilai tanggungjawab terhadap kawasan setempat meliputi aspek keselamatan, kebersihan dan keselamatan...baca selanjutnya
MAJLIS BACAAN YASSIN
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2016Objektif majlis ini adalah agar mendapatkan keberkatan serta memohon agar segala urusan dimudahkan dan memohon agar dijauhkan dari bala bencana dan merapatkan hubungan silaturahim diantara pengurusan PI1M dengan masyarakat sekitar...baca selanjutnya
Kelas Latihan ICT
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniMaklumat adakah seperti berikut...baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya
Mesyuarat Bersama JKK, Rakan Taman dan Rukun Tetangga
Aktiviti Terkini | 10 Januari 2016Tarikh Mesyuarat : 10 Januari 2016 ( Ahad ). Masa : 0300 petang. Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia. Objektif mesyuarat...baca selanjutnya
Sudut Galeri Aktiviti dan Program yang telah dilaksanakan
Setiap hari Sabtu dan Ahad | Berita TerkiniPada setiap hari Sabtu dan Ahad kursus dan kelas sentiasa di adakan untuk masyarakat setempat dan juga Ahli yang berdaftar... baca selanjutnya
Latihan Usahawan PERCUMA
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniOrang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya