Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut.
Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.
Dari cerita lain yang ditulis oleh Pak Zek (Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam, seorang Budayawan Pahang), perkataan Bentong berasal daripada perkataan Bapong yang bermaksud timbul.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024E-SUKAN : SARINGAN MOBILE LEGEND PERINGKAT NADI 
Aktiviti Terkini | 19 September 2024
Mencari pasukan Esukan terbaik untuk menjadi wakil NADI.....baca selanjutnya
PROGRAM PERASMIAN KIBARAN JALUR GEMILANG
Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2024Majlis Daerah Bentong bersama sama agensi agensi kerajaan menganjurkan Program Kibaran Jalur Gemilang....baca selanjutnya
GOTONG ROYONG AWAL MUHARRAM
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2024Skuad Sukarelawan P089 bersama ahli ahli komuniti yang lain bersama sama melakukan gotong royong di Masjid Chamang. ...baca selanjutnya
KEMBARA JOM SIHAT PARLIMEN BENTONG
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2024Parlimen Bentong bersama Skuad Sukarelawan P089 berganding bahu mengadakan Kembara Jom Sihat di bawah Parlimen Bentong demi memastikann tiada keciciran dalamm pemeriksaan kesihatan....baca selanjutnya
E-LEARNING : ABCYA MAKE A BAGPACK
Aktiviti Terkini | 15 Mei 2024Pelajar dari darjah dua menggunakan aplikasi ABCYA iaitu sebuah aplikasi interaktif yang menyediakan pelbagai jenis pembelajaran yang menggunakan medium permainan sebagai tarikan untuk para pelajar...baca selanjutnya
PAINTING ON SURFACE
Aktiviti Terkini | 22 April 2024Menggunakan Daun daripada pokok untuk menghasilkan corak pada permukaan yang telah dicat , dan corak tersebut menjadi kekal ...baca selanjutnya
STEM : RBT MICROBOT
Aktiviti Terkini | 4 Mac 2024Terdapat 10 siri pengajarann yang perlu diselesaikan oleh setiap pelajar, pelajar pelajar akan mula belajar asas microbit, mengenal cara untuk mengolah code melalui makecode dan menyambung litar...baca selanjutnya
PROGRAM DERMA DARAH
Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024Pertubuhan Kebajikan & Prihatin Insan Bentong telah mengadakan satu kempen program Derma Darah...baca selanjutnya
KAUNTER FIZIKAL PADU
Aktiviti Terkini | 4 Februari 2024Jabatan Perangkaan membuka kaunter fizikal untuk pendaftaran PADU di PEDi PAKR Batu 1...baca selanjutnya
WAWANCARA VIDEO PENDEK SEMPENA KEBERANGKATAN PULANG KDYMM SULTAN PAHANG KE NEGERI PAHANG.
Aktiviti Terkini | 2 Februari 2024Wawancara Pendek Rakyat Pahang menjunjung kasih dsan merafak sembah sempena keberangkatan balik KDYMM Sultan Pahang ke Negeri Pahang...baca selanjutnya
LAWATAN KERJA MCMC NEGERI PAHANG DAN MCMC HEADQUARTERS
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024Melawat PEDi PAKR Batu 1 dan diberi penerangan oleh petugas tentang pengoperasian PEDi...baca selanjutnya
JUALAN RAHMAH BERGERAK DUN BILUT
Aktiviti Terkini | 16 Januari 2024Jualan Rahmah bergerak untuk komuniti setempat...baca selanjutnya
BENTONG BERSELAWAT & YASSIN FADHILAT
Aktiviti Terkini | 14 Januari 2024Mengumpulkan sebilangan Kumpulan Marhaban Wanita sekitar daerah bentong dan AM dan RD adalah sebahagian dari Belaiawanis Bentong...baca selanjutnya
PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU DAN HEBAHAN DARI MCA & CHINA PRESS
Aktiviti Terkini | 2 Januari 2024Kaunter pendaftaran dan pengemaskinian data telah dibuka di Pedi PAKR Batu 1, Wakil dari MCA dan China Press juga datang membuat liputan untuk hebahan komuniti...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya