Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut.

Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.

Dari cerita lain yang ditulis oleh Pak Zek (Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam, seorang Budayawan Pahang), perkataan Bentong berasal daripada perkataan Bapong yang bermaksud timbul.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


STEM : RBT MICROBOT

Aktiviti Terkini | 4 Mac 2024

Terdapat 10 siri pengajarann yang perlu diselesaikan oleh setiap pelajar, pelajar pelajar akan mula belajar asas microbit, mengenal cara untuk mengolah code melalui makecode dan menyambung litar...baca selanjutnya

PROGRAM DERMA DARAH

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024

Pertubuhan Kebajikan & Prihatin Insan Bentong telah mengadakan satu kempen program Derma Darah...baca selanjutnya

KAUNTER FIZIKAL PADU

Aktiviti Terkini | 4 Februari 2024

Jabatan Perangkaan membuka kaunter fizikal untuk pendaftaran PADU di PEDi PAKR Batu 1...baca selanjutnya

WAWANCARA VIDEO PENDEK SEMPENA KEBERANGKATAN PULANG KDYMM SULTAN PAHANG KE NEGERI PAHANG.

Aktiviti Terkini | 2 Februari 2024

Wawancara Pendek Rakyat Pahang menjunjung kasih dsan merafak sembah sempena keberangkatan balik KDYMM Sultan Pahang ke Negeri Pahang...baca selanjutnya

LAWATAN KERJA MCMC NEGERI PAHANG DAN MCMC HEADQUARTERS

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024

Melawat PEDi PAKR Batu 1 dan diberi penerangan oleh petugas tentang pengoperasian PEDi...baca selanjutnya

div class="newsContent">

JUALAN RAHMAH BERGERAK DUN BILUT

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2024

Jualan Rahmah bergerak untuk komuniti setempat...baca selanjutnya

BENTONG BERSELAWAT & YASSIN FADHILAT

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2024

Mengumpulkan sebilangan Kumpulan Marhaban Wanita sekitar daerah bentong dan AM dan RD adalah sebahagian dari Belaiawanis Bentong...baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU DAN HEBAHAN DARI MCA & CHINA PRESS

Aktiviti Terkini | 2 Januari 2024

Kaunter pendaftaran dan pengemaskinian data telah dibuka di Pedi PAKR Batu 1, Wakil dari MCA dan China Press juga datang membuat liputan untuk hebahan komuniti...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti