PROGRAM TRANSFORMASI SOSIAL

04 November | 2014

Di bawah Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS) pada tahun 2012, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya melaksanakan 54 lokasi iaitu 29 Projek Kejiranan Indah membaik pulih kawasan perumahan awam dan 25 projek House Build, di mana anggota bomba KPKT membina semula rumah terbakar untuk mangsa kebakaran yang miskin. PAKR Batu 1 merupakan salah satu daripada enam perumahan awam di bawah pentadbiran SUK Negeri Pahang yang telah di baiki di bawah Inisiatif NBOS Kejiranan Indah pada tahun 2013 dengan kos sebanyak RM2,991,969.00. Bangunan di cat semula, bumbung bangunan diganti baru, pendawaian semula elektrik, dan pembaikan system retikulasi, naiktaraf jalan dan perparitan

Kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Sosial yang antara lain bertujuan untuk mencapai empat (4) objektif berikut :
i. Mewujudkan kejiranan indah yang mampan dengan penglibatan masyarakat setempat terhadap program dan aktiviti yang dijalankan;
ii. Mewujudkan nilai kebertanggungjawaban terhadap kawasan setempat meliputi aspek keselamatan, kebersihan dan keselamatan;
iii. Memastikan kesejahteraan sosial dipupuk dalam nilai masyarakat setempat sebagai usaha meningkatkan kejiranan yang sejahtera, baik daripada segi fizikal, mental dan sosial; dan
iv. Menggalakkan penyertaan penduduk dalam perancangan dan pelaksanaan program/ aktiviti kesukarelawan.

Lima (5) program utama yang boleh dilaksanakan di semua lokasi NBOS Kejiranan Indah dengan kolaborasi antara Jabatan di bawah KPKT dan Agensi lain antaranya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Jabatan Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 1M4U.
1. Rakan Amanita
2. Program Bomba Komuniti
3. Program Rakan Taman
4. Communication for Behavioural Impact (COMBI) atau komunikasi untuk perubahan tingkah laku.
5. Komuniti Kitar Semula

Perasmian Program Transformasi Sosial telah dirasmikan pada 04 November 2014 oleh :
Yang Bhg. Dato’ Halimi Bin Abdul Manaf
Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

ORGANISASI PAKR BATU 1

Y.B. Ahli Parlimen Bentong :- Y.B Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Penghulu Mukim Bentong :- En. Muhammad Azizi bin Hj Khalid
Pengerusi Perwakilan Penduduk :- En Ganauru A/L Krishanan
Pengerusi Rakan Taman :- En Hanifah bin Ismail
Timbalan Pengerusi JKK :- En Prataps A/L Krishan



kembali ke halaman utama